Friday, 6 July 2012

Perancangan Nya ...

Jumaat, hari yang mulia tetapi aku terganggu sedikit apabila tidak dapat download dan online pasaran saham hari ini, entah apalah agaknya yang membuatkan itrade sangat lembab. Sekejap online lepas itu dah hang balik, sangat menganggu perasaan. Hampir sahaja aku kehilangan beberapa ratusan jika tersalah mengambil posisi.

Aku seorang trader pasaran saham, itulah cara aku mencari rezeki, ada yang kata haram , ada yang kata subahat, terutamanya golongan yang baru nak mengenal hukum hakam, main pakai tangkap muat, kadang-kadang mereka ini berharap untuk syurga Allah dengan cara mereka sendiri, mentafsir dan meletakkan haram dan halal mengikut pandangan sendiri tanpa mendalami halal dan haram , makruh dan sunat secara mendalam. Dalam hal ini , Rasulullah pertekankan, carilah Ilmu sehingga ke negeri China, aku berpendapat penekanan itu bukanlah kita perlu ke negeri China mencari Ilmu tetapi mendalami ilmu dengan sebaik mungkin dan setelah dalami, fahami dan amalkan tetapi sayangnya antara kalangan kita, mempelajari tetapi tidak mendalami, membaca tafsir hadis sebaris, kemudian mula berhujah. Sangat menakutkan jika golongan ini mendidik anak dengan cara begini.

Hingga ke waktu trading habis aku tidak berjaya memasuki pasaran , setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan aku juga tidak dapat menelah hikmahnya, mengikut perkiraan , jika aku memasuki pasaran, sudah pasti keuntungan di dalam tangan, atau Allah lebih mahukan aku mendapat yang lebih baik mengikut perancanganNya, itulah yang lebih afdal.

Tidak sampai ilmu kita membaca perancangan Allah, namun sentiasalah aku berdoa supaya aku dan keluarga sentiasa di dalam percaturan yang baik-baik belaka.


Kelembapan mu Itrade sangatlah tidak dapat diterima

No comments:

Post a Comment