Thursday, 12 July 2012

DUNIA DAN KITA

Apa yang kita kejar di dunia ini ? Kalau tanya aku , aku mengejar dunia dan aku mengejar akhirat, kedua-duanya aku kejar.

Pada para sufi , dunia ini adalah jijik dan tempat penuh fitnah, itu memang betul. Aku mendalami maksud itu melalui pergaulan dengan mereka, tentang apa yang mereka lihat pada dunia ini.

Pada mereka, dunia ini jijik kerana dunia ini menjadikan mereka lalai, lalai dari mengingati Allah, kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup , mereka perlu bekerja, dan apabila bekerja mereka perlu mempunyai majikan , dan perlu mengikut suruhan majikan, dan itu tidak melunakkan kepada mereka, mereka hanya perlu patuh kepada Allah,

Yang kedua, apabila meneruskan kelansungan hidup, mereka perlu mencari nafkah, dan semasa mencari nafkah mereka kadang-kadang terlalai bersolat, berzikir, dan mereka juga tidak tahu apakah kerja yang mereka lakukan mendapat redha Allah, lalu mereka memilih untuk zuhud

Yang ketiga, dunia ini dijadikan dengan segala cubaan untuk menolak mereka ke dalam neraka Nya, antara jijiknya dunia adalah perempuan untuk dizinai, arak untuk memabukkan, judi untuk hiburan, mencuri untuk kaya, menipu untuk senang, membunuh untuk berkuasa, syirik dari Allah Azza wa jalla, kesemua ini adalah 7 dosa besar yang mereka tahu mereka akan kalah jika tidak diberikan taufik dan hidayah oleh Nya

Begitu pandangan mereka, tetapi aku melihat dari sudut berbeza, aku melihat dunia ini adalah pintu syurga kepada ke tujuh-tujuh syurga Allah Dunia ini adalah taman-taman syurga untuk aku mengenal siapa Rasulullah, siapa Allah dan siapa aku.

Aku biasa melihat, manusia biasa yang bukan sufi, apabila tiba saat ajalnya, terutama yang mendapat rahmatNya dapat dilihat daripada raut wajah dan perjalanan terakhirnya ke Alam barzakh, mereka bukan para sufi tetapi mereka adalah orang biasa yang cuma beramal dan mengamalkan apa yang diredhai.

Imam Syafee dikatakan mendapat rahmat Allah bukan kerana ilmu dan ketaqwaannya , tetapi hanya kerana ihsan beliau keatas seekor lalat yang dibiarkan olehnya menghabiskan dakwat pena nya dan kemudian barulah beliau terus menulis...

Sesungguhnya rahmat Allah itu amatlah luas kepada hamba-hambaNya

No comments:

Post a Comment