Friday, 20 July 2012

Marhaban ya Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan...


Melangkah rohani dan jasmani masuk ke dalam Ramadhan tidak dapat dibayangkan oleh perasaan, perasaan selamat dan gembira bertemu lagi  kita dengan Ramadhan.

Hari ini berlumba-lumba para sahabat aku saling mengucap ketibaan Ramadhan. Semua ucapan adalah sama, tetapi suhu perasaan masing-masing hanya mereka yang tahu, samada ucapan itu disebabkan oleh tergeraknya kegembiraan bertemu Ramadhan untuk berpuasa dan beribadat, atau kerana seronok nak menyambut hari raya, atau bulan untuk mencari duit rezeki lebih dengan berniaga, semuanya terpulang kepada diri.

Kita kadang-kadang tidak sedar, kita beribadah kita mengharapkan sesuatu dari Allah, ada yang beribadat kepada Allah sebab dia nak minta sesuatu kepada Allah , lalu beribadat bagai nak rak sebab bila buat begitu , Allah boleh bagi dia rezeki yang banyak, dan bla..bla...bla...

Sebenarnya tidak, kita memang boleh mengharap tetapi jangan lah kita berfikir begitu, kalau sembahyang cukup 5 waktu nanti boleh dapat rezeki melimpah ruah, Allah mesti kena bagi...sekurang-kurangnya kita fikir macam tu, hakikinya memang lah Allah akan beri tetapi bukan disebabkan ibadah kita, Allah beri kerana Dia nak beri ..bukan disebabkan oleh Ibadah kita, cumanya ibadah yang ikhlas dan diterima Allah mempunyai keberkatannya tersendiri, bila Allah terima ibadat ikhlas kita, maka kita akan rapat kepada Nya, bila dah rapat, ada permintaan yang kita minta di beri , ada yang disimpan untuk hari lain.

Jadi benarlah doa kita di permulaan solat " jadikanlah solatku, hidupku, matiku, adalah untuk Tuhan seru sekelian alam..."





Friday, 13 July 2012

PAS YANG JIJIK

Aku memang mengikuti perkembangan politik semasa, dan sepanjang 40 tahun aku di Malaysia ini, parti politik yang paling jijik aku tengok adalah PAS, mereka ini selalu menfitnah orang lain, mencerca orang lain, dan menghina orang lain, baik yang lelaki atau perempuan.

Hadi Awang adalah antara ektremis agaman yang mula mengkafirkan orang lain, tetapi hari ini berpeluk dengan DAP dan tunduk kepada DAP, Mat Sabu lagi tak boleh pakai, dah berzina dengan bini orang siap ada rakaman telefon, tapi jadi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz dan anaknya Nik Abduh, kedua anak beranak ni , suka sangat sembahyang di khalayak ramai tempat orang lalu lalang, konon, paling zuhud, tetapi anak beranak pakai kereta mewah.

Aku harap Malaysia tak jatuh ke tangan PAS, kerana jika ini berlaku, Islam tidak akan ada penjaganya lagi di Malaysia,

Thursday, 12 July 2012

DUNIA DAN KITA

Apa yang kita kejar di dunia ini ? Kalau tanya aku , aku mengejar dunia dan aku mengejar akhirat, kedua-duanya aku kejar.

Pada para sufi , dunia ini adalah jijik dan tempat penuh fitnah, itu memang betul. Aku mendalami maksud itu melalui pergaulan dengan mereka, tentang apa yang mereka lihat pada dunia ini.

Pada mereka, dunia ini jijik kerana dunia ini menjadikan mereka lalai, lalai dari mengingati Allah, kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup , mereka perlu bekerja, dan apabila bekerja mereka perlu mempunyai majikan , dan perlu mengikut suruhan majikan, dan itu tidak melunakkan kepada mereka, mereka hanya perlu patuh kepada Allah,

Yang kedua, apabila meneruskan kelansungan hidup, mereka perlu mencari nafkah, dan semasa mencari nafkah mereka kadang-kadang terlalai bersolat, berzikir, dan mereka juga tidak tahu apakah kerja yang mereka lakukan mendapat redha Allah, lalu mereka memilih untuk zuhud

Yang ketiga, dunia ini dijadikan dengan segala cubaan untuk menolak mereka ke dalam neraka Nya, antara jijiknya dunia adalah perempuan untuk dizinai, arak untuk memabukkan, judi untuk hiburan, mencuri untuk kaya, menipu untuk senang, membunuh untuk berkuasa, syirik dari Allah Azza wa jalla, kesemua ini adalah 7 dosa besar yang mereka tahu mereka akan kalah jika tidak diberikan taufik dan hidayah oleh Nya

Begitu pandangan mereka, tetapi aku melihat dari sudut berbeza, aku melihat dunia ini adalah pintu syurga kepada ke tujuh-tujuh syurga Allah Dunia ini adalah taman-taman syurga untuk aku mengenal siapa Rasulullah, siapa Allah dan siapa aku.

Aku biasa melihat, manusia biasa yang bukan sufi, apabila tiba saat ajalnya, terutama yang mendapat rahmatNya dapat dilihat daripada raut wajah dan perjalanan terakhirnya ke Alam barzakh, mereka bukan para sufi tetapi mereka adalah orang biasa yang cuma beramal dan mengamalkan apa yang diredhai.

Imam Syafee dikatakan mendapat rahmat Allah bukan kerana ilmu dan ketaqwaannya , tetapi hanya kerana ihsan beliau keatas seekor lalat yang dibiarkan olehnya menghabiskan dakwat pena nya dan kemudian barulah beliau terus menulis...

Sesungguhnya rahmat Allah itu amatlah luas kepada hamba-hambaNya

Tuesday, 10 July 2012

KEHIDUPAN KITA

Sejarah kehidupan lampau aku agak sosial , dan aku mengambil pengalaman hidup aku ini sebagai satu pengalaman amat berharga dan aku yakin , pengalaman ini diberikan oleh Allah SWT sebagai satu tarbiah di dalam universiti kehidupan ini. Aku mendapat tunjuk ajar terus dari Allah SWT untuk melihat kehidupan ini mengikut peraturanNya , cara Nya dan kehendakNya, malah semua manusia juga begitu, samada mereka sedar atau tidak.

Pengalaman yang aku lalui agak songsang, usia muda remaja aku seorang yang berpegang teguh kepada agama, perwatakan berserban, berjubah dan surau serta masjid adalah rumah kedua, ianya datang dari kehendak hati aku sendiri mencari Allah, maksiat adalah sesuatu yang jijik lagi mengotorkan, aku umpama hidup didalam kepompong sempurna, melihat orang melakukan maksiat merupakan satu kesalahan berat dan menjadi seorang yang jumud serta totok serta tertutup.

Jika aku tidak diberi peluang oleh Allah melalui sendiri kehidupan sosial di usia muda, kemungkinan besar aku menjadi seorang bapa yang tidak memahami dan tidak dapat menyelami kehidupan remaja anak-anak. Menjadi bapa umpama menjadi kawan, mentor , dan sahabat karib kepada anak. Pengalaman aku melalui kehidupan sosial menjadikan aku lebih jitu mengawal anak-anak umpama bermain layang-layang, pengalaman kehidupan sosial yang aku lalui mengajar aku betapa nipisnya iman kita yang boleh dibolosi tanpa masalah oleh musuh kita, dan pengalaman aku melalui kehidupan sosial menjadikan memahami rentak kehidupan orang lain, malah kadang-kadang aku melihat manusia yang berserban dan bertudung labuh lebih rapuh daripada yang berpakaian kasual.

Aku bersyukur, setelah Allah meletakkan aku di dalam kehidupan sosial yang agak "sosial" Allah kembalikan aku kejalan Nya dan aku kembali mengamalkan apa yang telah diberikanNya sewaktu aku di usia remaja.

Hidup ini di dunia ini umpama bayang-bayang syurga jika kita menikmatinya dengan cara yang betul dan sememangnya ia adalah fitnah jika kita terlalu mencintai dunia dan tidak mahu lekang daripadanya.

Janganlah kita memandang serong kepincangan hidup orang yang agak terkeluar dari batas dan norma kehidupan , kemungkinan besar mereka itu akan menjadi orang yang paling bertaqwa apabila hidayah datang menerpa, risaukan tentang kehidupan kita, yang kadang-kadang terlalu sempurna.

Kepada yang berserban , berkopiah, bertudung , jangan fikir kita telah sempurna ... kehidupan ini penuh dengan rahsianya yang tersendiri, jika belum lagi teruji, jangan anggap tuan-tuan telah bersedia berumah ditepi pantai...

Sunday, 8 July 2012

GERBANG KEBEBASAN ....

Pulang ke kampung halaman yang hanya 30 minit dari jarak aku bermastautin adalah satu anugerah dari Allah. Orang lain kampung halaman 3 jam dari tempat bekerja, jika 1 jam pun , dengan kelajuan kenderaan 120km sejam pun di anggap jauh.

Pulang ke kampung bertemu dengan ibu yang menghabiskan sisa-sisa usia tua merupakan anugerah tidak terhingga kepada yang punya ibu. Seorang ibu yang membesarkan kita dari kecil dan setelah boleh berdikari dan berumah tangga kita mula meninggalkan ibu kita untuk mencari penghidupan, dan hujung minggu jadikanlah ianya waktu berharga untuk pulang kepada individu yang mana 9 bulan kita mendiami rahim nya.

Walaupun aku dah menghabis 1/3  perjalanan hidup, bawa pulang anak dan isteri untuk bersama dengan ibu, seakan sirih pulang ke gagang. Apa istimewanya ibu ?

Ibu kepada kaum lelaki , umpama tempat mencari redha dan punca kepada segala kebaikan dan rezeki mereka, doa mereka umpama doa para wali yang mustajab dan tidak terhijab, kepada kaum perempuan, redha kehidupannya kepada suami, setelah bersuami, sang pria itulah menggantikan tempat ibu dan bapanya, dosa dan pahalanya, syurga dan nerakannya, berlainan kepada kaum lelaki, tanggungjawab kepada ibu dan bapanya tidak terputus hatta sehingga kedua orang tua mereka di barzakh , peranan anak lelaki ini tidak terputus.

Melihat ibu yang mendekati alam tua, mengingatkan aku, aku juga pasti akan merasai kekosongan jiwa ibu, dan ibu di dalam usia begini, rasa aku bahagia dengan anak dan cucu yang semakin dewasa, mereka bukan mahu wang dan ringgit tetapi ingatan kita kepada mereka.

Aku sedang merancang dengan gigih, supaya tahun ini, adalah tahun terakhir aku di alam pekerjaan, tiada lagi waktu punch card 8 pagi - 5 petang, 5 hari seminggu dihabiskan kepada syarikat orang lain, yang mana usaha dan keringat di perah .

Konsepnya - aku tidak sepatutnya perlu minta cuti jika mahu bercuti, perlu minta kebenaran berehat jika sakit, dan tidak perlu bersusah payah di syarikat orang lain untuk buat orang lain kaya dan aku pula menghabiskan masa lebih dari 10 jam setiap hari di pejabat dan punya masa hanya beberapa jam dengan keluarga sebelum semua terlelap untuk memulakan hari esoknya.

kita semua terlupa - biarpun kita mendapat imbuhan ribuan RM sebulan, tetapi kita tidak ada kebebasan untuk diri sendiri, nak sembahnyang tergocoh-gocoh, nak makan ada waktu, nak berehat ada waktu, nak ambik anak sekolah pun perlu minta kebenaran kalau-kalau terlewat masuk, nak servis kereta sekali pun kita perlu minta kebenaran - yang mana sepatutnya kitalah menetapkan waktu kita sendiri mengikut peraturan kita sendiri.

Pintu gerbang kebebasan di tangan kita...

Friday, 6 July 2012

Perancangan Nya ...

Jumaat, hari yang mulia tetapi aku terganggu sedikit apabila tidak dapat download dan online pasaran saham hari ini, entah apalah agaknya yang membuatkan itrade sangat lembab. Sekejap online lepas itu dah hang balik, sangat menganggu perasaan. Hampir sahaja aku kehilangan beberapa ratusan jika tersalah mengambil posisi.

Aku seorang trader pasaran saham, itulah cara aku mencari rezeki, ada yang kata haram , ada yang kata subahat, terutamanya golongan yang baru nak mengenal hukum hakam, main pakai tangkap muat, kadang-kadang mereka ini berharap untuk syurga Allah dengan cara mereka sendiri, mentafsir dan meletakkan haram dan halal mengikut pandangan sendiri tanpa mendalami halal dan haram , makruh dan sunat secara mendalam. Dalam hal ini , Rasulullah pertekankan, carilah Ilmu sehingga ke negeri China, aku berpendapat penekanan itu bukanlah kita perlu ke negeri China mencari Ilmu tetapi mendalami ilmu dengan sebaik mungkin dan setelah dalami, fahami dan amalkan tetapi sayangnya antara kalangan kita, mempelajari tetapi tidak mendalami, membaca tafsir hadis sebaris, kemudian mula berhujah. Sangat menakutkan jika golongan ini mendidik anak dengan cara begini.

Hingga ke waktu trading habis aku tidak berjaya memasuki pasaran , setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan aku juga tidak dapat menelah hikmahnya, mengikut perkiraan , jika aku memasuki pasaran, sudah pasti keuntungan di dalam tangan, atau Allah lebih mahukan aku mendapat yang lebih baik mengikut perancanganNya, itulah yang lebih afdal.

Tidak sampai ilmu kita membaca perancangan Allah, namun sentiasalah aku berdoa supaya aku dan keluarga sentiasa di dalam percaturan yang baik-baik belaka.


Kelembapan mu Itrade sangatlah tidak dapat diterima

Thursday, 5 July 2012

Komunikasi kita dan Allah

Im a blogger, allright !

Alahai ....inilah dunia, yang sementara benar kita di sini , berjalan dan melihat, jatuh dan bangun, tetapi berapa ramai yang sedar , jatuh dan bangun itu adalah nikmat. Manusia selalu berasa Allah tidak pernah peduli kita,atau sebenarnya kita yang tidak memperdulikan Nya.

Kita tidak sedar, jatuh dan bangun kita adalah komunikasi Allah kepada kita ...secara terus tanpa hijab...

Pernah kita terfikir ... ?